Pages

Subscribe:

Tuesday 14 August 2012

White Studio Photoshoot

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia. Nak tanya satu soalan. Pernah tak korang tak boleh tidur? Apa yang korang akan lakukan? Kenapa aku tanya soalan ni sebab photoshoot ini terjadi bila aku dan kawan - kawan aku tak boleh tidur. Waktu itu lebih kurang pukul 1.20 pagi sampai 2.40 pagi.

Aku menggunakan bilik kawan aku sebab bilik dia agak kosong dan dindingnya agak bersih. Orang - orang yang terlibat ialah Syam creativeheat(aku), Faisc dan Rizal. Kami photographer dan kami juga modelnya. Ok. Aku malas nak taip panjang - panjang, jom kita tengok hasilnya.


Model Pertama : Ahmat Faisc




Model Kedua : Rizal Ramli



Model Ketiga : Syam Creativeheart ( aku )




Saturday 11 August 2012

Jadi Model? Layak ke?

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Sihat hari ini? Kalau korang baca post yang sebelum - sebelum ini, anda mesti tahu yang aku suka tangkap gambar dan edit gambar. Sebab itu adalah hobi aku yang paling aku minat. Pantang pegang kamera, mesti nak snap sana, snap sini.

Disebalik hobi aku yang suka tangkap gambar ini, aku mempunyai sifat yang teringin menjadi model. Hahahaa. Merepek je aku ni. Kalau muka macam Aaron Aziz tak apalah juga kan? Berangan je aku ni. Oklah, selamat menonton. Maaf ada 1 je gambar. hehee.


Friday 10 August 2012

Candit at Bazaar Ramadhan Equine Park

Assalamualaikum reader. Kali ini aku ingin kongsikan sedikit gambar yang aku shoot di bazaar Equine Park. Sebenarnya, niat dihati ingin pergi ke bazaar Putrajaya. Tetapi masa tidak mengizinkan aku pergi ke sana. Di Putrajaya meriah sikit. Kedai pun banyak. Ok, aku malas nak merepek lagi. Jom tengok gambar.








Itu sahaja gambar yang ada. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini.

Wednesday 8 August 2012

Hobi

Assalamualaikum. Semua orang ada hobi tersendiri. Ada yang mempunyai hobi mendaki gunung, berbasikal, main permainan video dan banyak lagi. Ada juga orang yang mempunyai hobi yang pelik. Contohnya mengumpul tutup botol, mengumpul rambut gugur, mengumpul abu rokok dan banyak lagi.

Aku pun ada hobi aku tersendiri. Hobi aku banyak. Aku suka menyanyi, beli perabot, tangkap gambar, dan bermain permainan video. Tetapi kali ini aku ingin kongsikan sedikit kepada anda tentang hobi aku yang suka menangkap gambar. Aku memang seorang yang gila akan barang - barang berkaitan kamera. Sanggup berhabis ribuan ringgit untuk habi aku ini.

Ada juga orang kata membazir beli barang yang mahal - mahal sedangkan ada barang yang murah yang fungsinya sama. Memang fungsinya sama tetapi kualitinya berbeza. Kamera aku tidaklah terlalu mahal. Tidaklah setanding Canon 5D Mark II atau Nikon D3X. Bagi aku, kamera aku ini adalah kamera " mampu milik "

Di bawah ini ada sedikit gambar - gambar yang aku tangkap dan juga edit untuk kelihatan lebih menarik. 

Model : Fadhilah Aziz

Model : Jia Shamsuri

Model : Jia Shamsuri

Model : Jia Shamsuri

Model : Nisa Kay

Model : Izuann & Faisc

Model : Syam Creativeheart ( Aku sendiri )

Wedding at bangi

Model : Nisa Kay

Model : Boss kawan aku ( Tak ingat nama )

Wedding at Pontian Johor

Model : Syam Creativeheart

Lagu Raya Cover By Me

Assalamualaikum. Aidilfitri semakin hampir dan Ramadhan pula bakal meninggalkan kita. Bagi orang yang bertakwa dan beriman pasti akan sedih akan berakhirnya Ramadhan. 

Ok. Kita kembali kepada tajuk entry ini. Di sini aku ingin menyumbangkan sebuah lagu raya untuk semua umat Islam yang bakal menyambut hari raya tidak lama lagi. Lagu yang aku ingin menyumbang a.k.a meng-sumbangkan lagu itu bertajuk Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Terimalah ye.


Sementara Ramadhan masih ada ini, aku ingin meminta maaf zahir dan batin atas segala kesalahan daku sama ada aku sedar ataupun tidak sedar. Berhati - hati di jalan raya okay.

Tuesday 7 August 2012

Salam Perkenalan

Assalamualaikum. Untuk permulaan, aku ingin memperkenalkan diri aku dahulu. Nama aku Muhamad Hisyam, menetap di rumah sewa di Seri Kembangan. Masih bujang dan sudah pun bekerja di Cyberjaya.

Dahulu aku mempunyai sebuah blog. Nama blog aku itu " Kisah Creativeheart ". Aku menggunakan blog tersebut untuk aku kongsikan ilmu tentang dunia photography. Apa yang aku tahu, aku akan kongsikan kepada semua. Tidak kiralah cara menggunakan kamera ataupun cara meng-edit gambar. Tetapi sayang, blog tersebut telah pun aku padamkan atas sebab - sebab tertentu.

Itu sahaja yang aku ingin kongsikan untuk entry kali ini. Salam perkenalan dari aku.