Pages

Subscribe:

Tuesday, 26 March 2013

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Aleesya Damia binti Mohd Shal Rezza

Assalamualaikum. Kali ini aku ingin share sedikit gambar - gambar yang aku shoot di Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul di Serendah Selangor tempoh hari. Sesiapa yang berminat dengan hasil kerja Creativeheart Photography bolehlah buat tempahan di talian 018-3210859 atau di facebook. Buaian dan hiasan boleh ditempah di email mashal_4eva@yahoo.co.uk dan di sini ( click ).










Monday, 25 March 2013

Majlis Cukur Jambul Darwish

Assalamualaikum. Hari minggu yang lalu, aku ada shoot majlis cukur jambul di Batu Gajah, Perak. Batu Gajah nie lebih kurang 10minit je dari Bandaraya Ipoh. Majlis bermula waktu pagi hingga ke petang. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Malas nak tulis panjang - panjang. Jom kita lihat gambar - gambar di majlis tersebut. Jika ada sesiapa ingin buat tempahan, boleh la contact aku di talian 0183210859 atau di facebook aku ( click ).










Wednesday, 20 March 2013

Retouch By Me

Assalamualaikum semua. Hari ini aku nak kongsi sedikit hasil kerja aku yang aku lakukan semasa aku kebosanan di ofis tengah hari tadi. Kebosanan sebab kerja semua dah selesai. Jenis aku kalau tak ada kerja di ofis aku akan mengantok. So untuk mengelakkan aku tertidur, aku edit gambar di bawah ini. Sekurang - kurangnya dapat memantopkan lagi skill yang aku ada. yedak? Gambar asal aku download dari Google. Jom layan.


Tuesday, 19 March 2013

Aku Jadi Model?

Assalamualaikum reader. Macam tak percaya aku dipelawa menjadi model. Selalunya aku yang shoot orang lain. Ini orang lain yang shoot aku. Baru aku tahu jadi model nie sebenarnya susah. Aku cakap susah mungkin sebab aku tak pernah berposing - posing sebegini. Selalunya aku yang menyuruh orang lain posing. Agak kaku jugalah masa tu. Bila lihat balik gambar - gambar tu, rasa nak tergelak pun ada. Hahahaa.

Aku jadi model untuk student UniKL menyiapkan assignment mereka. Tema untuk photoshoot itu ialah Color Blocking. So, aku terima je la, sebab dalam hati aku, ada juga terniat nak jadi model. sila gelak. Malas nak cerita panjang, jom layan gambar - gambar photoshoot tersebut.










Saturday, 16 March 2013

Majlis Pernikahan Raimi dan Hidayah

Assalamualaikum reader. Disini aku ingin kongsikan sedikit gambar yang aku shoot di Bangi tempoh hari. Untuk pengetahuan anda yang tak tahu, photography adalah kerjaya aku no2. Daripada satu hobi aku tukar menjadi side income. Ia adalah Business aku. Kalau ada sesiapa yang berminat dengan hasil kerja aku, bolehlah buat tempahan di facebook atau contact di no 018-3210859. Di bawah ada sedikit gambar yang aku shoot majlis pernikahan tersebut.










CREATIVEHEART PSD EDITING WORK FLOW

Assalamualaikum. Kalau lihat pada tajuk memang aku tiru tajuk album KUKUBESI di facebook. KUKUBESI pun ada tunjukkan flow editing dia di facebook. Ok bukan itu yang aku nak kongsikan, aku nak kongsikan flow editing aku. Bagaimana aku menghasilkan gambar tersebut. Jom layan...



Proses : Ini adalah gambar asal

Proses : Menghilangkan Beg kamera di bawah.

Proses : Menukarkan langit. Bagi saya, langit biru lagi cantik berbanding warna putih.

Proses : Memasukkan warna agar lebih seimbang langit dan tanah.

Proses : Menambahkan bintang dilangit menggunakan brushers agar nampak ala - ala fantasi.

Proses : Menambah warna ungu di langit. Kerana dimataku lebih menarik.

Proses : Menambah text sedikit bagi mencantikkan gambar. Ok. Selesai.

Gambar Asal :- 


Hasil :-


Semoga anda semua dapat sesuatu bila melihat flow tersebut. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya saya di komen or facebook.

Tuesday, 12 March 2013

Pre Wedding Zul & Rose

Assalamualaikum reader. Disini aku ingin share sedikit gambar - gambar aku shoot pre wedding. Ini adalah pertama kalinya aku shoot pre wedding. Selalunya aku just shoot nikah, sanding, bertandang dan outdoor je. Kali ini aku dapat shoot pre wedding. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Walaupun pada permulaan cuaca tak mengizinkan. Hujan turun dengan lebatnya. Bila lebat menjadi gerimis, aku dan partner aku mula beraksi. Malas nak cerita panjang, semoga terhibur. :)